Perkara mistik bukanlah sesuatu yang baru lagi bahkan dari zaman dahulu telah wujud sehingga kini masih ada yang mengamalkan hal syirik demi kepentingan diri sendiri, walaupun harus mengorbankan nyawa orang lain.
Pastinya ramai yang memiliki pengalaman seram seperti mendengar bunyi aneh, barang bergerak sendiri, terlihat bayangan hitam, malah ada yang nampak dengan jelas makhluk halus tersebut.
Malah, ada juga 'sosok' yang sempat terakam di dalam video tidak kiralah dashcam, CCTV atau video yang dirakam sendiri.
Sama dengan kisah yang tular baru-baru ini, dimana dua orang individu terserempak dengan satu entiti makhluk halus yang sangat menyeramkan.
Difahamkan, sosok tersebut merupakan 'penanggal' dan kejadian tersebut berlaku di Dungun.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @mohdasraffirdaus, kedengaran wanita berkenaan sedang bertanyakan jalan kepada seorang lagi yang duduk di kerusi penumpang. Namun tiba-tiba makhluk tersebut melintas menyebabkan wanita itu sangat terkejut.
Pengguna TikTok itu juga sempat berkongsi tangkap layar rupa bentuk penanggal tersebut.
Meninjau ke ruang komen, rata-rata warga netizen turut meremang melihat rupa bentuk penanggal yang tiba-tiba muncul itu.
Bukan itu sahaja, netizen juga akui di area itu memang ada makhluk tersebut namun lama menyepi dan tidak sangka ia muncul semula.
SUMBER : TikTok @mohdasraffirdaus
Ikuti kami di Telegram, jadi antara terawal dapatkan info kerja kosong, info bantuan, semakan online dan artikel-artikel menarik di i Viral Malaysia.





