Buat kaki 'travel', pastinya lebih seronok jika mereka berpeluang bercuti bersama rakan-rakan yang 'sekepala' kerana dapat melakukan pelbagai jenis aktiviti bersama.
Bukan setakat bercuti bersama malah boleh berkongsi serba sedikit tips dan pengalaman sedia ada kepada warganet yang lain.
Bagaimanapun, perkongsian seorang wanita muslimah menerima kritikan hebat daripada warganet selain mempersoalkan tips percutian bujetnya itu.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita di laman Faceboom baru-baru ini, dia menceritakan pengalaman bercuti bersama teman lelakinya di Thailand.
Wanita itu memberi tips percutian bajet bersama kekasih hati di mana mereka berkongsi bilik penginapan hotel termasuk katil dan hanya dipisahkan dengan bantal sahaja.
Susulan diajukan tentang isu zina, wanita tersebut menyangkal tuduhan tersebut dengan mengatakan perlu berpegang tegus pada niat seseorang.
Difahamkan, perkongsian asal itu telah dipadam kerana menerima banyak kritikan ramai namun dikongsikan semula oleh seorang pengguna Twitter dikenali Mimi.
"Terbaca posting Facebook Muslimah bertudung yang pergi bercuti ke Thailand dengan BF (teman lelaki). Dah kena delete (padam) tapi ini rumusan tips percutian budget dia iaitu kongsi bilik sama tapi letak bantal tengah-tengah selain tidur bertudung dan berselimut.
"Dia kata bukan saja 'jimat duit', tapi 'rasa selamat' bila bercuti dengan BF. Orang tanya tak takut terzina ke, dia jawab 'jaga niat'," cuapannya.
Malah, apabila tiba giliran untuk mandi, salah seorang antara mereka akan turun ke bawah dan menunggu di ruangan lobi sehingga seorang lagi selesai. Dalam pada itu, dia juga mengatakan mereka solat berasingan.
Meninjau ke ruang komen, pelbagai reaksi di kalangan warganet yang mana ramai meluahkan ketidakpuasan hati dengan tips percutian bajet tersebut dan ia seolah-olah berlagak 'couple terpaling Islam'.
Malah, ada yang mengatakan pasangan kekasih bukan Islam pun masih tahu batasan di mana mereka tidur di bilik berasingan.
SUMBER : Twitter @WVGIF




