Ifa Raziah (47) tahun, salah seorang peserta program nyanyian terbaharu di TV3 iaitu Terpaling Juara. Beliau terpilih berdasarkan pengalamannya dalam bidang seni selama 27 tahun sebagai seorang penyanyi, pelakon dan pengacara.
Namun, persembahan nyanyiannya sering dikritik peminat kerana dianggap kurang menyengat seperti penyanyi-penyanyi 'otai' yang lain.
Dalam pada itu, nyanyiannya Di Pintu Syurga turut dikritik oleh peminat kerana mengeluarkan suara sumbang. Ifa Raziah tidak melatah sebaliknya memohon maaf dan mengakui kesilpannya yang tidak memberikan persembahan terbaik untuk menyampaikan lagu tersebut.
“
Suara sumbang
“
Tolong masuk kelas vokal
“
Macam mana orang boleh bayar mahal?
Dalam pada itu menurut Ifa, lagu nyanyian asal Dayang Nurfaizah ini sangat sukar dinyanyikan secara 'live'.
"Ia membuat emosi saya terganggu, sebak, sedih bercampur-baur. Saya jadi lemah dan tak dapat mengawal perasaan untuk menguasai bait lirik yang dipenakan oleh arwah sahabat saya Rudy Imran".


